Sunday 9 October 2011

Ya Allah..mengapalah sejak kebelakangan ini, orang-orang yang telah tiada selalu muncul dlm tidurku..? Adakah aku rindukan mereka? atau muncul kerana aku lupakan mereka? Aku tak pernah lupakan mereka, walhal aku sentiasa berdoa dan sedekahkan bacaan al-quran untuk mereka, moga mereka tenang di sana, di tempatkan dlm kalangan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat-Nya. Ya Allah, berilah ketenangan minda dan kalbu untuk hamba-Mu ini.amin..
Kehidupan di dunia merupakan permainan dan gurauan senda. Ada kalanya menang ada kalanya kalah. Ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah, Susah dan senang silih berganti. Senangnya merupakan kesenangan yang menipu, sedihnya merupakan kesengsaraan sementara. Jika dirundung kesedihan, menangislah sepuas-puasnya, moga dengan itu kita akan berasa puas. Jangan sesekali lupa pada yang Esa. Itulah dinamika kehidupan di alam fana. Sungguh berbeza dengan kehidupan sejati dan abadi di akhirat kelak..

Saturday 8 October 2011

Tuhan sentiasa bersamamu...

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya..Begitulah kehidupan manusia riang ketawa, tetapi hanya Allah sajalah yang tahu rahsia kehidupannya..Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai..airnya akan tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..

Duka lara adalah sebuah perjalanan yang indah..

Kehidupan ialah sebuah perjalanan yang tidak direncanakan. Di situlah kita akan bertemu jalan kebahagiaan dan juga kesedihan. Perjalanan yang indah itu sudah pasti berliku-liku dan mengambil masa yang panjang untuk mengharunginya. Namun, setiap liku kehidupan itu pasti ada hikmah kebahagiaan yang telah tersurat bagi insan kerdil yang berusaha mengharunginya dengan penuh keikhlasan dan keredhaan. Jangan cepat berputus asa!..Aturlah langkah dan harungilah hari-harimu dengan penuh bersemangat.(*_*)..

Thursday 6 October 2011

Gulai kuning keladi dan udang..

                   Bahan-bahan:
  • Sepokok keladi pinang (potong 3 inci dan siat kulitnya)
  • 4 cwn santan dari sebiji kelapa
  • 1/4 kg udang
  • 7biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sk ketumbar
  • 2 cm kunyit hidup dan lengkuas
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sb cili boh / 5 biji cili kering
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus keladi 2 kali mendidih (istilah mak) dan toskan airnya
  2. Tumbuk lumat ketumbar, lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih dan cili boh
  3. Masukkan santan dalam periuk keladi dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan juga udang
  4. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan garam gulanya.
  5. *Ini adalah bahan2 dan cara yang selalu saya gunakan. Kalau kawan2 nak tambahkan serai atau bahan2 lain, terpulang pada citarasa sendiri.
  6. ~Selamat mencuba~

Air mata igauan semalam...

Pernahkah saudara mengigau? Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit tentang makna mengigau. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (m/s 560), igau @ mengigau ialah bercakap benda yang tak tentu hujung pangkalnya atau bercakap yang bukan-bukan pada masa tidur.  Malam tadi, (mlm jumaat)..aku tidur agak lewat dan pertengahan waktu tidurku, tiba-tiba aku rasa ada seseorang kejutkan aku, aku ingatkan rakan sebilikku, tapi bila aku betul-betul sedar, aku dapati rakan sebilikku masih lagi nyenyak diulit malam. Pada masa yang sama juga, aku dapati air mata membasahi pipiku, yang menandakan aku menangis semasa mengigau. Tapi, aku tak ingat aku mengigau tentang apa, yang pastinya aku mengigau dengan memanggil-manggil nama "mak", sampai menangis-nangis. Mungkin aku terlalu rindukan "mak", sebab tu mengigau panggil "mak"!..tapi alhamdulillah, "mak" sihat bila aku telefon tadi.

Malam nan kesepian..

Kesepian malam yang makin menenggelamkan bongkah-bongkah raksa masa,  ditemani nyanyian serangga cengkerik yang kian syahdu, melenakan mataku yang kian melebarkan kelopaknya. Angin malam menghembus di celah-celah dedaun tingkap, memaksaku untuk terus lena diulit mimpi nan panjang. Waktu yang sama, aku terpujuk untuk tidak terus terpedaya dengan hasutan sang mata, ku gagahi jua untuk terus mengadap aksara laptopku bagi merintis dan mereneh rerempah cerpen dan hikayat. Malam kian kelam, tapi kupaksakan mataku dengan ditemani secawan milo panas + susu, semata-mata memujuk supaya bersabar seketika. Duhai mata, kekasih hatiku, temankanlah aku seketika..jangan biarkan aku terkapai-kapai mengadap sang laptop tanpa mata hati..menekan jejari tetikus tanpa rasa..Ayuh!

P/s: Jagalah mata yang dianugerahkan dengan elok, demi kehidupan yang bahagia.. Ku titipkan sekuntum doa,dan harapan moga sahabatku along cepat sembuh.amin.

Monday 3 October 2011

Mencerap ilham..

Semester ini, pertama kalinya aku mengambil subjek pilihan bebas iaitu Kraf dan Dekorasi Melayu, dibawah kelolaan Encik Nazri. Erm nampaknya, subjek ini sangat menarik, tetapi perlunya aku bertungkus-lumus mencari ilham untuk mencerap idea tentang kraftangan yang sekian lama aku tinggalkan. Terkadang terasa buntu memikirkan jenis kraf yang perlu aku jadikan motif pameran yang akan datang, lebih-lebih lagi jenis kraf mesti berlainan antara satu sama lain. Moga aku tidak berputus asa dan diberi ruang mempertahankan warisan kraf Melayu! harap dapat aplikasikannya untuk masa akan datang!

Bukan sekadar fantasi, tetapi realiti..


Terkedu seketika saat membaca keratan akhbar berita minggu (2 oktober 2011_ahad), yang memaparkan sajian eksotik ideal. Memang menjijikkan, namun itulah hakikatnya yang dapat dirasai apabila amalan memakan serangga seperti semut, ulat, labah-labah dan lain-lain serangga diamalkan di negara seperti China, Thailand, Amerika Selatan dan juga Columbia. Menurut sumber, serangga berkenaan lebih berkhasiat dan menyihatkan. Itulah realiti baru gaya hidup di Barat mutakhir ini, santapan mereka yang eksotik adalah serangga. Itulah realiti, bukannnya sekadar fantasi!

Sunday 2 October 2011

Secalit kenangan..


Perasaan gembira masih lagi menikam sanubari sesaat berkunjung ke rumah saudara seorang kawan yang mengadakan majlis perkahwinan di negeri Baba dan Nyonya, namun perasaan hiba tercalit juga tanpa kehadiran kawanku tersayang. Apa pun, aku terharu kerana diberi ruang dan peluang untuk turut sama ke majlis berkenaan. Terima kasih sahabatku! Pengalaman yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit!..