Thursday 29 September 2011

Apabila bunga berbicara..


“Engkau tahu bunga di taman. Ia akan tetap indah dan lebih indah bila dijaga. Bunga memang ditakdirkan untuk tidak memiliki sayap, layaknya kumbang yang dapat terbang kian ke mari. Bunga memang tercipta untuk menanti kumbang datang padanya. Menghirup aroma wangi dan mencecap manisnya madu cinta."



Syurga Cinta...



Hidup ini ibarat sebuah penjara yang indah…
Di dalamnya aku terperangkap…lalu mengenal diri, erti hidup, cinta…
Di dindingnya aku mencatat rasa, luahan dari kurungan…bingkisan rindu…
aku mula menyedari, menginsafi diri…siapa aku!
Di  dalam kurungan itulah aku mengenal diri…cinta…onak duri…
Aku juga mengenal doa… mengenal harapan…
Mengenal kasih sayang…
Mengenal keinsafan…
Dari karangan debunga derita, aku lurutkan tasbih cinta…
Dari jambangan lamunan, aku kaitkan bebenang impian…
Dari jejaring besi dunia, aku harapkan sinar,  cahaya hidup…
Dari sel-sel hidup, aku harapkan secebis kemaafan…
Dari secangkir kasih..aku harapkan sekuntum doa..seulas senyuman..
Lalu aku seru cinta..seru nama-Nya…
Alangkah indahnya penjara hidup ini…
Andai iman penuh di dada…
Andai amal masih bersisa…
Akanku kaitkan bebenang ketaqwaan,  bebenih keinsafan, disulami sinar kasih Ilahi..
Walaupun ia hanya sebuah penjara…
Namun di penjara inilah aku melihat betapa indahnya hidup…
Indahnya debunga derita…
Indahnya sebuah kematian…
Dan betapa indahnya untuk bertemu DIA…

Wangian air tangan ibuku..

Terbayang-bayang masakan Mak di Kampung ('my mouth watering').  Sedihnya, hari-hari makan menu yang hampir sama sahaja di Kolej. Nasib baik bulan Ramadhan yang lalu, dapat juga berpuasa di rumah, kebetulan cuti semester.Erm wanginya bau aroma masakan mak! Berseleranya..

 


Anugerah tak ternilai..


Ulam-ulaman sangat sinonim dalam pemakanan masyarakat, terutamanya bagi orang Melayu. Ia bukan sahaja berkhasiat, malah perlu untuk menambahkan selera makan dan merawat pelbagai penyakit. Wah, berseleranya kalau dapat makan ulam di kampung!

Tuesday 27 September 2011

Senikmat dan sesegar rasa..

  Wah..nikmatnya, dapat menikmati segelas susu anlene di pagi hari. Rasanya yang lemak manis, diperkayai dengan zat dan kalsium, memang enak dan menyihatkan!
Sumber: Utusan malaysia                                                                                  
     Anlene™ merupakan satu-satunya susu tepung berkalsium tinggi yang telah diuji secara klinikal. Hasil penyelidikan menunjukkan kadar kehilangan jisim tulang dlm kalangan wanita yang meminum susu Anlene™ adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak meminum susu Anlene™. Hasil kajian itu telah dicetak oleh 'The Journal of Bone and Mineral Research' pada 2001, menyokong status Diuji Secara Klinikal Anlene™ dlm kalangan kumpulan kesihatan yang berpengaruh.

Monday 26 September 2011

Titipan kasih bersemi kerinduan..




Bulan syawal sudah semakin meninggalkan kita..syukur ya rabbi, saya diberi ruang dan kesempatan untuk berpuasa pada hari ini,walaupun hanya 2 hari sahaja lagi bakinya. Semoga bertemu lagi dengan syawal yang akan datang!..~amin~

Sunday 25 September 2011

Ketenangan yang dicari..

Alhamdulillah, tenangnya rasa kerana pagi ini sempat juga saya solat sunat dhuha sebelum hadiri kuliah. Moga diberkati-Nya..~Amin~
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu"." Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Secangkir senyuman ayah dan bonda..






~Sekalung tahniah dan penghargaan khas buat Graduan-graduan dan para pensyarah UKM sempena Istiadat Konvokesyen ke-39 yang bermula 22 hingga 27 september 2011. Di kesempatan ini juga saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kakak saya Siti Fatimah Draman yang telah menamatkan pengajian di UPSI dan seribu penghargaan khas buat bonda tercinta.~

Saturday 24 September 2011

Menikmati selera luar kampus..


~Simple menu..makan tengah hari.. ~
Destinasi minggu ini adalah ke The Mines,Serdang..Jalan-jalan sambil menikmati angin luar, dan sekali sekala menikmati makanan luar kampus. Menu "simple" untuk ' lunch'..Nasi goreng kari ayam dan jus kiwi..yummy! sedapnya...erm dapat naik 'mines cruise'..!

*Sunset cruise..untuk balik ke ktm serdang..~

Friday 23 September 2011

Air mata kerinduan..

Kerinduan pada kampung dan keluarga masih terasa walaupun sudah hampir 2 minggu aku di kampus!  Perasaan ini makin memprotes lebih-lebih lagi pada hujung minggu..Bonda, adinda dan kakanda, daku sangat merinduimu...rindu untuk bercerita, memasak, makan bersama, dan rindu untuk menatap secebis senyuman kalian! Alangkah bahagianya dapat bersama, 'My loving mum, sister and brothers'.!..~ (^_^)~



'Rumahku, syurgaku'..

Dapur Impianku..


Let's enjoying cooking!...

Harga sekuntum pengalaman..

Semester kali ini, saya dan rakan-rakan sekuliah ditugaskan untuk mencipta blog sendiri dan juga menenun pengalaman mengarang cerpen. Wah, mahalnya harga sebuah pengalaman! Terima kasih saya ucapkan kepada Pm Dr Mawar Shafei kerana memberikan ruang yang berharga ini untuk kami menelusuri liku-liku perjuangan dan memungut secebis pengalaman dalam menerokai ' Dunia Penulisan Kreatif". Ilham kami pada semester ini bertumpu kepada "Dunia masakan", seperti yang diuar-uarkan pensyarah kami.  "Segunung Impian Dicita, Selangit Harapan Didambakan". ~Moga diberkati-Nya.~

Lakaran Cinta di pintu kampus..

Alhamdulillah..syukur kepada-MU ya Allah kerana masih memberikanku ruang dan peluang untuk meneruskan perjuangan di medan Kampus, sebagai "Mahasiswi Persuratan Melayu". Masa berlalu begitu pantas, dan kini usia pengajianku di UKM sudah hampir 2 tahun..alangkah bahagianya hidupku, seandainya  diberikan peluang untuk terus menuntut ilmu serta menggarap kerjaya sebagai pendidik suatu hari nanti. (Insyaallah). Selitkanlah sekuntum doa untukku dalam setiap titipan doa kalian! Semoga perjuanganku sebagai Siswi dapat diteruskan sehingga ke jinjang kecemerlangan, Duhai bondaku, doakanlah kejayaan puterimu ini!!..~amin~

Monday 19 September 2011

Muhasabah Diri..

Setiap yang manis kadangkala boleh menghiris, tetapi yang indah kadangkala membawa padah..dan setiap yang hadir bukannya takdir, mungkin menyuruh manusia berfikir..Ingatan  untuk diri yang barangkali selalu alpa! Bersyukurlah dengan setiap ujian yang didatangkan, kerana disebalik ujian itu ada hikmahnya yang akan terungkap!..Sama-samalah kita menghayati video nasyid ini.                 


Saturday 17 September 2011

Berteduh di Kebun Sang Lebah..

"Perumpamaan orang yang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih, dan tidak merosakkan @ mematahkan (tempat yang dihinggapinya)".

Makan dan minum adalah antara ibadah yang penting dalam Islam. Makanan yang haram akan menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah berdasarkan sabda Nabi saw: "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)